E-Teen.net > Penerapan Ke Program Sarjana Muda UiTM Dari Tahun Akhir Diploma UiTM

Penerapan Ke Program Sarjana Muda UiTM Dari Tahun Akhir Diploma UiTM

Jika anda sedang menjalani Diploma pada semester akhir di UiTM dan ingin menjalani Degree atau Program Sarjana Muda bersama UiTM,Anda Perlu melakukan beberapa steps yang saya akan tunjukkan di bawah berserta gambar.

Membeli Nombor Pin Penerapan Degree UiTM

Nombor pin boleh dibeli melalui ATM Bank Simpanan Nasional dan juga boleh dibeli secara online jika anda mempunyai akaun BSN Online.

Menggunakan Nombor Pin Di i-student UiTM

1.Login ke akaun i-student anda dan click pada Application For Continuation Of Studies.

2.Pilih Program Sarjana Muda

3.Isi No.Pin di ruangan "No.slip BSN".PERINGATAN,anda hanya boleh mengemaskini borang tersebut sebanyak 3 kali sahaja.

4.Isi borang tersebut.Page pertama akan memberi anda 3 pilihan untuk memilih kursus yang anda ingin mohon untuk degree nanti.Kalau dah lupa result spm tu,pergi cari semula slip SPM anda untuk mengisi ruangan berkaitan SPM dan aktiviti kokurikulum semasa di sekolah.